Pages

Tuesday 24 September 2013

2nd Year For Us NN

Assalamualaikum

Alhamdulillah.
Masih berkesempatan menghirup udara percuma
Nak berkongsi kisah pertemuan kami
Hanya Allah yang mengetahui
Aku hanya berserah pada-Mu
Moga hati ku berterusan istiqamah

 1st murtabak she bought for me :) 



Gorgeous stationary set for me :)



tupperware yang terkoyak penutupnya..sampai sekarang di simpan elok2..takut terkoyak lagi..sayang sangat3..geram sangat sebab bukan kite yang koyakkan, letak dalam freeze then orang lain yang dok bukak2..hmmm..


i wish i could taste again this delicious meals..

ya Allah..aku masih lemah..banyak kekurangan ku..pelihara kan aku dan dia..jagakan hati nya..aku sangat2 ingin memiliki hatinya secara halal..aamiin ya rabbal a'lamin..

24th September..i'll remember this date....may Allah ease us..

Monday 23 September 2013

Khabar Berita

Assalamualaikum

Apa khabar mu?
Diri ku sentiasa mendoakanmu
Ku di sini Alhamdulillah sihat
Terasa rindu tersangat
Tapi biar lah rindu ku pada mu 
Rindu yang halal hanya untuk mu

Walau dirimu terasa begitu dekat
Namun, bukan selalu kita bertemu
Mungkin bertemu di kala sujud ku dan sujud mu pada yang Esa

Sabarlah hati
Jika kau yakin dengan kekuasaan Allahhu Rabb
Tidak lari gunung di kejar
Moga dikau sabar menanti ku 
 hatiku sabar mempertahankan cinta ini
Hanya untuk mu..Ya Allah...sesungguhnya aku hamba-Mu yang lemah.

Thursday 19 September 2013

Sahabat

Assalamulaikum

Terima kasih
Kerna masih sanggup terima diri ini
Sebagai sahabatmu

Mungkin tiba masanya
Untuk aku buktikan
Dengan cara yang benar
Bagi memiliki hati nya
Secara halal

Aku pernah terleka
Syukur di ketemukan nya
Agar aku berubah
Mencari keredhaan Allah

"Awak sahabat kite sampai bile2 -----"
Kerana kasih dan sayang ku
Temukan mu dalam tahajjud ku..
Dan ketemukan ku dalam istikharah mu..

Aamiin ya rabb al'alamin





Wednesday 18 September 2013

Luahan

Assalamualaikum.

Dia..
Ingin aku luah kan segalanya
Tapi takut akan aku rosakkan segalanya
Ingin aku kongsikan segalanya
Takut diri tidak berdaya
Ingin aku jaga kan dia
Akan aku berusaha memenangi hatinya

Tuhan...
Cinta-Mu tiada tandingan
Sesungguhnya aku masih memerlukan
Secebis cinta seorang hamba-Mu bergelar insan
Syukur atas kurnaiaan
Akan aku jadi kan panduan
Demi masa depan

Aku...
Tiada daya menentang Qada Qadar-Mu
Hanya dua'a ku pohon ke atas-Mu
Kurniakan ku
Temu kan ku
Temu kan hamba-Mu itu
Limpahkan daku cinta-Mu




La Tahzan

Monday 16 September 2013

Menggigil...Gembira..Bersyukur

Assalamualaikum

Alhamdulillah
Allah Maha Mendengar

Komeng pegi kedai 2 hengget
Kedai 2 hengget ni kedai jimat
Alaa..kedai jual barang 2 ringgit
Cari seletip,nak seletip kotak

Masa kluar je kedai housmet Komeng,
Nuar call,"wey norel beli kan kunyit..kunyit tak dak..ayam masak dah"
Sebelum tu dah bg salam la..haha
Housmet komeng soh g bli kunyit
Ni keje Mad ngan Jon lah, abis kan kunyit
Kami buat ayam masak kurma  ngan ikan goreng
So Komeng cepat2 bawak moto
Masa bhenti kat traffic light tu
Komeng perasan something

Bila Komeng ke depan siket
Macam pernah tengok :)
Terima Kasih Allah kerna beri kan peluang
Jantung berdegup kencang
dup dap dap dup dap
Huihhh..10 saat bhenti..terasa lama

Lampu hijau je terus Komeng laju
Berbunga hati..sampai pulas minyak sambil tekan clutch
Mengaum kejap enjin
Nasib tak mati enjin kat traffic light..haha

Sori td bawak lelaju
Bahaya kan??
But I have to..

Komeng saja buat muka terkejot..
Menggigil...Gembira..Bersyukur

Sunday 15 September 2013

Kita Serupa

Assalamualaikum.

"Jika tidak dapat sentuh nya
sentuh lah hatinya dengan doa
pohon lah doa kepada Allah agar dia sentiasa dilindungi"

Terima kasih sahabat luahnya

Biar pun luaran aku nampak keras
Tetapi hati ini masih organ yang lembut
Masih merasa kehilangan
Tapi cinta Allah kepada hamba-Nya tidak pernah hilang

Melihat rakan sendiri yang merasa kehilangan
Hilang arah setelah berpatah hati
Membuatkan aku cuba untuk jadi kuat
Menasihati dan mengalihkan rasa tekanan dialami dia
Menyedarkan aku bahawa aku tidak seharusnya sebegitu

Kita serupa
Kita lelaki
Pasti ada kelemahan
Mungkin keceriaan aku menyembunyikan kesedihan aku

Tapi kali ini Kau mesti kuat!!!
Aku pun kena kuat

"Percaya dengan kekuasaan Allah
Jangan menyerah dengan bisikan syaitan
Jangan kau mudah berputus asa
Doa itu senjata kita"

Jika satu hari nanti ditakdirkan bertemu si dia
Temukanlah dengan cara yang halal


"La Tahzan"

Nasihat untuk diri ku juga


p/s: ni gambo kat Pantai Tambak Airport Gong Badak, Kuala Terengganu

Seniorita a.k.a Juniorita

Assalamualaikum

Kehidupan as seorang extend year student.
Tak lah begitu seronok sebab nyeeee.....

Aku ni dah final year, tapi still akn jadi junior.
Kawan2 semua dah fikir tempat2 koje, nak target bidang apa.

Tapi, ini lah aku terpaksa lalui.
Risiko nye biar aku tanggung sendiri.
Masa memula tukar program dengan langkah kanan aku gembira jugak,
Aku tak rasa sangat sebab boleh slot2 masuk subjek semester yang 'ter'miss..Kekekekeee..
Pastu dah masuk tahun akhir..tudiaaa
Banyak bak hang waktu clash.
Dah macam Clash of The Titan.

Lagi2 ada lecturer yang tak mahu mengalah.
Dan adat sbg pelajar :) hormati mereka.
Aku terpaksa jugak 'meng'extend semester.

Moga aku akan terus berjuang hingga menggenggam segulung azimat.
Azimat yang bakal aku bawa hingga ke akhirat.
Kerna aku bertanggung jawab atas ilmu yang aku tuntut,
kelak aku yang akan disoal, apa yang telah aku lakukan dgn segala ilmu ni.

Btw, kawan2 yang dah menjadi seniorta.
Manfaat kan tahun akhir ni :)
Bersyukur sebab Allah tunjukkan jalan untuk aku terus berjuang.


aku tak akan berputus asa
la tahzan
sesungguhnya aku sedang di uji

p/s: ni gambar Komeng dgn kengkawan gi mandi Lata Tembakah cek mek molep :)

Saturday 14 September 2013

Usaha-Effort-Negocios

Assalamualaikum.

Buat masa ni, Komeng still dalam mood sedih.
Moga Allah sentiasa mendengar dan memakbulkan doa dari hamba -Nya yang lemah ni.
Komeng perlu menggapai sasuatu yang sangat3 dperlukan.

Ya Allah..tetapkan hati ini.Ya Rabb,lindungi dan jagakan dia.
Jika bukan untuk ku,jagakan dia untuk insan yang sangat3 berhak memiliki dia.
Sesungguhnya doa ku tidak pernah putus.
Dari hari pertama mengenali dia. Aku dah berjanji, akan aku jaga.
Mungkin silap aku.
Terlalai.Terleka.
Usaha..
Akan aku usaha kan untuk mencapai apa yang aku hajati.
Dengan izin-Mu. Engkau beri kan aku dan si dia kekuatan.

Bukan SENANG nak SENANG dan bukan SUSAH nak SUSAH.


Cantik kan NN???
Ni lah pantai yang penuh bersejarah.
tempat Komeng dan NN pernah berdrama suatu ketika dulu.
Banyak sangat yang nak dikongsi lepas balik sampling hari tu.
Dah lah td moto terpadam pulok depan NN. maluuuuuuuuuuu beb :(

Jika di bukakan hati si dia,bagi lah peluang untuk diri ni menjadi SAHABAT.
Sahabat yang dapat membimbing ke arah kebaikan, berkongsi cerita seperti dulu.
Berkongsi dengan cara yang HALAL.

Insya Allah..aamiin..
Tak kan aku berputus asa.

Buat masa ini, izinkan Komeng menjadi KAWAN awak NN.
Seperti mana kawan awak yg lain.
Letak kan diri ni sama mcm mereka di hati awak.
Tetapi tempat awak di hati ini,hanya Maha Esa yang tahu.

Kembali mencari..
Mencari mood untuk FYP.
Mari mhadap jurnal..
btw Negocios tu dlm bahasa Sepanyol known as "Berusaha".

Okeyh..Bye2 :(