Pages

Tuesday 4 December 2012

Tips Menghalang Pencuri Pecah Masuk Rumah :)

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Baru-baru ni macam2 hal pasal kes pecah rumah terjadi..menyakitkan hati, perompak ni pandai pulak nak  

pilih timing mase nak buat kerja-kerja bodoh dorang ni..haishhhh...pelik2..orang waktu subuh pergi lah buat 

amal sikit..yang ni dah tahu amal ibadat tu sikit, makin nak menambah dosa..kat sini, Komeng nak share tips-

tips mengelakkan kejadian pecah rumah sewaktu rumah ada orang atau pun tak ade.. 

*lock mahal mane pun boleh pecah.. =.='















*pencuri tak kenal erti jantina



















*Lagi kaya lagi dorang suke



















Di sini, Komeng nak kongsi sikit tips untuk mencegah kes pecah rumah terjadi..


  1. Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
  2. Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk melindungi diri mereka).
  3. Sekiranya terdengar / terlihat paip air di luar rumah terbuka pada tengah malam (pukul 12 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah menunggu di luar pintu rumah untuk masuk.
  4. Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
  5. Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama dan efektif...).
  6. Bawa kunci alarm kereta bersama semasa tidur, jika terjaga tengah malam kerana ada bunyi mencurigakan, cuba on and offkan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita sentiasa alert).
  7. Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah masuk ke dalam rumah.
  8. Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka, mereka akan menundukkan kepala).
  9. Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan benarkan, beri nombor telefon pejabat anda kepada jiran supaya mereka boleh double check dengan kita.
  10. Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu extension dalam kamar tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
  11. Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis, bomba , 991 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini disimpan dalam handphone anda sebagai quick access atau one-touch number. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini memudahkan anda membuat panggilan telefon.
  12. Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau automatik alarm.
  13. Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi vacation. Kalau boleh, gunakan lampu yang jimat tenaga atau mesra alam (energy saving...jimat sikit)
  14. Kalau cuti lama, minta tolong jiran kutip surat-surat dlm mail box. Mail box yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
  15. Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di kawasan anda.
  16. Kalau kereta anda brand new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & stering sebelum tidur (Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan melambatkan dan menyusahkan pencuri).
  17. Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
  18. Kalau boleh, simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
  19. Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada jiran yang kita kenal rapat.
  20. Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
  21. Jangan beri kunci rumah kepada kontraktor yang melakukan kerja-kerja renovation. Kalau terpaksa, tukar kunci atau guna padlock sementara dan tukar semula lepas kerja-kerja selesai. Juga, ambil maklumat kontraktor untuk rujukan akan datang.


 Selamat bercuti & mengamalkan langkah berjaga-jaga ^.^

Juum jage rumah...