Pages

Wednesday, 4 December 2013

Doa ku sentiasa mengiringimu

Assalamualaikum
Pernah diri ini suatu ketika dulu leka, lalai serta alpa
Namun hati ini telah pun tergerak
Tergerak untuk menjadikan dirimu halal
Halal buat diriku
Jangan kau bersedih kerana diri ini sentiasa
Sentiasa berusaha untuk memiliki mu dengan cara yang diredhai
Biar kita tempuhi dengan onak rintangan
Bermula dari awal
Selangkah demi selangkah
Sebagai sahabat dan seterusnya
Tegur lah daku jika diri ini tersimpang dari laluan
Agar aku tetap istiqamah melakukannya
Mencari jalan terbaik menjadi pembimbing dirimu
Agar aku tetap tabah menjadi sahabatmu
Moga kelak ia menjadi manis
Ku pohon agar takdir menentukan hati dan jasad ku milikmu
Begitu jua dirimu 
Kerna doaku, usahaku tidak akan pudar
Allah Maha Mendengar



"hati ini hanya Allah yang tahu betapa cintanya aku terhadap kamu,
namun cinta Allah lagi hebat" :')


Moga terus bersabar, setia dan ditetapkan hati kita berdua, 
temukan aku dalam istikharah mu

sayang dalam doa itu begitu indah
Allahhu rabbi :)





No comments:

Post a Comment