Pages

Sunday, 15 September 2013

Kita Serupa

Assalamualaikum.

"Jika tidak dapat sentuh nya
sentuh lah hatinya dengan doa
pohon lah doa kepada Allah agar dia sentiasa dilindungi"

Terima kasih sahabat luahnya

Biar pun luaran aku nampak keras
Tetapi hati ini masih organ yang lembut
Masih merasa kehilangan
Tapi cinta Allah kepada hamba-Nya tidak pernah hilang

Melihat rakan sendiri yang merasa kehilangan
Hilang arah setelah berpatah hati
Membuatkan aku cuba untuk jadi kuat
Menasihati dan mengalihkan rasa tekanan dialami dia
Menyedarkan aku bahawa aku tidak seharusnya sebegitu

Kita serupa
Kita lelaki
Pasti ada kelemahan
Mungkin keceriaan aku menyembunyikan kesedihan aku

Tapi kali ini Kau mesti kuat!!!
Aku pun kena kuat

"Percaya dengan kekuasaan Allah
Jangan menyerah dengan bisikan syaitan
Jangan kau mudah berputus asa
Doa itu senjata kita"

Jika satu hari nanti ditakdirkan bertemu si dia
Temukanlah dengan cara yang halal


"La Tahzan"

Nasihat untuk diri ku juga


p/s: ni gambo kat Pantai Tambak Airport Gong Badak, Kuala Terengganu

No comments:

Post a Comment